Beliau berkata Umno Bahagian Bagan Serai cuba mensabotaj pencalonannya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Terdapat unsur sabotaj. Pengundi di Parlimen Bagan Serai diminta supaya undi tiga calon Umno untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu kecuali saya.
“Perkara ini sampai kepada saya dari bahagian dan ‘war room’ negeri tetapi tiada tindakan diambil.
Jadi saya anggap ia sebagai sabotaj. Ia menyakitkan,” katanya kepada The Malaysian Insight ketika ditemui di Parlimen.
Dr Noor Azmin mengesahkan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak mahu beliau diletakkan sebagai calon di Parlimen Bagan Serang tetapi mendapat tentangan Umno bahagian tersebut.
“Mereka akhirnya bersetuju tetapi jauh di sudut hati mereka tidak mahu menerima saya. Lima tahun yang lepas pengalaman yang buruk bagi saya.
“Mereka seolah-olah tidak menerima saya langsung. Saya bersabar sejak lima tahun lepas dan sudah tiba masanya. Jadi saya berundur,” katanya.
The Malaysian Insight hari ini melaporkan Umno Bahagian Bagan Serai memulaukan Dr Noor Azmi dengan tidak menjemput beliau untuk menghadiri acara dan mesyuarat.
Beliau yang merupakan ahli Parlimen Bagan Serai mengesahkan perkara itu dan mendakwa tidak diberikan tempat dalam mesyuarat.
“Saya tidak dijemput ke acara dan mesyuarat. Saya pergi sendiri. Mereka tak beri saya tempat duduk,” kata Dr Noor Azmi.
Beliau turut menafikan dakwaan bekas menteri besar Perak Dr Zambry Abdul Kadir yang beliau tidak berjumpa dengannya untuk mengadakan perbincangan sebelum bertindak keluar parti.
“Sidang media semalam dipenuhi penipuan. Beliau mengelak daripada berjumpa dengan saya,” kata Dr Noor Azmi.
Beliau menang kerusi Parlimen Bagan Serai pada 2013 dengan majoriti 1,140 undi, mengalahkan calon PKR Dr Mohd Noor Manuty dan seorang calon bebas. Beliau mengekalkan kerusi itu dalam PRU14 dengan majoriti tipis 172 undi.
Dr Noor Azmi selama mengumumkan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Pakatan Harapan di peringkat negeri dan Persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan