Kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad adalah berasaskan hubungan rasmi antara kerajaan negeri dengan persekutuan, namun penyertaan timbalan beliau, Datuk Mohamad Amar Abdullah mendapat kecaman dari netizen.
Kunjungan hormat yang diadakan pada 25 Jun 2018, Ahmad Yakob telah menyatakan hasrat kerajaan negeri supaya projek-projek persekuttuan hendaklah diteruskan dengan jayanya.
Di dalam pertemuan itu juga beliau berterima kasih kepada Tun Mahathir yang telah bersetuju untuk memberi royalti petroleum kepada Negeri Kelantan berdasarkan kepada kenyataan beliau dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang lalu.
Malah beliau berharap kunjungan hormat ini akan disusuli pula dengan kerjasama rasmi di antara Exco-Exco Kerajaan Negeri dengan Menteri-Menteri Persekutuan bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala yang menatijahkan perkara kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat Negeri Kelantan.
Nik Amar yang turut serta di dalam kunjungan hormat itu telah mengundang pelbagai persepsi dan reaksi di kalangan netizen sebaik sahaja beberapa keping gambar pertemuan itu dimuat naik di laman Facebook rasmi Tun Mahathir.
Bahkan netizen bukan sahaja turut mengutuk Nik Amar bahkan mengongsi beberapa kenyataan beliau yang sebelum ini dilaporkan mengeluarkan kenyataan menghina Perdana Menteri itu antaranya ‘Dr Mahathir umpama pemain bola tua’, dan ‘Tun Mahathir mati jadi hantu’.
Ruangan komen di facebook Tun Mahathir dihujani beribu-ribu komen ada yang mengecam dan ada yang berbaur sinis kepada Nik Amar yang dulunya menghina Tun Mahathir tetapi sekarang mengadakan perjumaan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Al-Munir Othman: Bergasak Masa berkempen,itu perkara biasa,bila dah menang dan dilantik,semua buat kerja demi Malaysia yg kita cinta. ambo IMPIKAN kempen politik yg matang dan sejahtera,budaya kempen maki hamun,hina menghina WAJIB dihentikan.
Doakan kepimpinan Negara kita. Semoga Malaysiaku terus maju dan berjaya.
Hasan Abdull: Masa kempen pru tempoh hari mcm2 bahasa pelik keluar dari mulut pemimpin2 pas terutama dr kelantan demi memperlekeh Tun M tiba2 tanpa rasa bersalah hari ini mereka merangkak tersenyum sumbing berjumpa Tun M..apo nak dikato laiee..!
Feeza Wan: ni msti agenda utama psal royalti…puak2 ni kalu x terdesak n xda kepentingan puak2 depa…mampuhhh xkan hadap Tun. puak ni sanggup apa pun jnji kepentingan tercapai. lps ni akn spin la psal jmpa ni…puak depa gak yg bgs n hebat…tgk jer nnti.
Zaiminordin Kamarudin: Leaders sebelah PAS ni cuba la belajar benda @ perkara baik yang Tun Mahathir tonjolkan tu… bila datang kawasan Tun takde pulak Tun halang… Semoga Allah berkati usia Tun Mahathir….Aminnnn
Ahmad Nizam Alias: Ini baru ajaran yg Islam anjurkan ,bukan mengunci pintu tak bagi orang masuk utk ziarah, jadikan ini iktibar supaya tidak berbangga diri kononnya aku lebih Islam dari orang lain.
Akmal Hafiz: Nasib baik Tun M tak kunci pintu putrajaya.. Besar sungguh jiwa Tun M ni, walaupun di fitnah, dihina dan di keji oleh puak lebai Pas tapi masih terima kunjungan lebai Pas.
Dalam pada itu, bekas calon Pakatan Harapan Dun Panchor Hazmi Hassan turut mengingatkan apa yang berlaku itu adalah satu pengajaran buat semua.
Beliau yang menulis di Facebooknya dengan dialek Kelantan mengungkapkan “kalu tok suko, jangan duk benci sangat dan kalu suko pun janganlah sapa taksub melampau”.
“Sebelum Pru 14 gajoh rima gapo Dato’ Mohd Amar tok kato ko Tun, PH, Amanah dan DAP. Kadang-kadang ambo mari mikir hok tubik mulut Dato’ Mohd Amar tu dio kabar ko dop?
Dio tahu ko dio paka pioh atas palo dan duk jajo kokre dio ni nok bowok islam. Tapi mulut dio sapa ko hari ni ambo tokleh terimo dan ambo doa sokmo jangelah ambo ni kalu kecet jadi tok kabar gitu.
“Dulu duk kato relo kaloh dari pakat dengan Pey (PAN), Tun M brehi baloh, Tun tok layok jadi Pm, Ph takdop calon layok jadi PM dan mace-mace lagi hok tubik dari mulut dio dan hok pasti buke nilai mutiara tapi supo sampoh hok MPKB tokde kutip,” katanya.
Menurut Hazmi, beliau bukan mahu melepaskan geram sebaliknya beliau mahu tulisannya itu sampai ke Nik Amar dan menasihati penyokong-penyokongnya supaya jangan bersangka buruk dan mereka-reka cerita yang tidak tahu hujung pangkal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan