HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Jun 2018

Ini Malaysia baharu, kata Guan Eng

THE MALAYSIAN INSIGHT
Ini Malaysia baharu, kata Guan Eng
Lim Guan Eng berkata Perlembagaan Persekutuan membenarkan penggunaan bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi susulan dakwaan bahawa beliau tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.
 
HALANGAN dan peraturan rejim lama tidak terpakai dalam semangat Malaysia baharu, demikian kata Lim Guan Eng.

Ini juga menjadi sebab mengapa menteri kewangan itu mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Mandarin dan seterusnya mempertahan keputusan tersebut selepas beberapa hari dikecam di media sosial.

Lim berkata Perlembagaan Persekutuan membenarkan penggunaan bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi susulan dakwaan bahawa beliau tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam bahasa Mandarin, setiausaha agung DAP itu berkata penggunaan bahasa tersebut menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan mengiktiraf kepelbagaian bahasa.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan, tidak ada siapa boleh menghalang orang lain daripada berkomunikasi, mengajar atau belajar bahasa lain.

“Dengan semangat Perlembagaan itu, apa salahnya dengan mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Mandarin atau bahasa lain? Soalnya.

Lim menyifatkan pengkritik beliau sebagai rasis dan tidak akan tunduk terhadap kecaman mereka.

Menurutnya, terjemahan kenyataan akhbar ke dalam Bahasa Mandarin dibuat apabila ada keperluan, terutamanya apabila isu tersebut melibatkan terma-terma teknikal.

Beliau berkata terjemahan ini kemudiannya dihantar terus kepada media berbahasa Cina atau media sosial dan tidak digunapakai dalam laman rasmi Kementerian Kewangan.

"Kenyataan masih dikeluarkan dalam Bahasa Mandarin untuk media Cina dalam dan luar negara," katanya.

“Malaysia baru adalah inklusif dan menghormati antara satu sama lain. Walaupun kami mengangkat Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, kita juga harus mahir dalam bahasa lain untuk meningkatkan kebolehan daya saing,” katanya

Tiada ulasan: