HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Ogos 2018

ADUN Seri Setia meninggal dunia

THE MALAYSIAN TIMES
 


SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia yang juga Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, 55, meninggal dunia di Hospital Putrajaya pukul 6.28 petang tadi.

Setiausaha Kanan Allahyarham, Zafrullah Aris dalam satu kenyataan berkata jenazah Shaharuddin akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Desa Pinggiran Putra, Kajang, dan urusan pengebumian akan dilakukan esok.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Borhan Aman Shah berkata jenazah Allahyarham akan disembahyangkan pagi esok di Masjid Kampung Limau Manis, Kajang dan kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis.

“Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Prof Dr Shaharuddin. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan hamba Allah yang soleh,” katanya dalam satu kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan Shaharuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Tiada ulasan: