KUALA LUMPUR – Isu kuota 1,200 jemaah haji yang menerima surat
tawaran di bawah Program Khas Haji 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
namun tidak diteruskan tahun ini kini kembali memberi harapan baharu.
Ini kerana Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersetuju untuk membawa isu tersebut kepada pertimbangan Kabinet.
Azmin memberi persetujuan itu selepas Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) memberi jaminan bakal jemaah tersebut akan membiayai sendiri kos haji mereka.
“Kalau ikut jaminan yang diberikan oleh YB (Yang berhormat) Baling, bahawa mereka (bakal jemaah haji) tidak dibiayai daripada sumber lain termasuk UMNO dan mereka mampu menunaikan haji dengan simpanan sendiri, maka saya bersedia membawa rayuan ini kepada pihak yang bertanggungjawab untuk dipertimbangkan,” katanya.
Azmin berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Sebelum itu, Abdul Azeez yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji membuat celahan merayu agar Mohamed Azmin membawa isu kuota jemaah haji tersebut untuk kelulusan Kabinet.
“Saya mohon dan rayu demi kelangsungan Rukun Islam, saya minta menteri bawa hal ini ke kabinet, beri mereka (bakal jemaah haji) peluang yang mana keluarga mereka mampu biayai sendiri,” katanya.
Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, program khas haji tajaan Yayasan 1MDB tidak akan diteruskan mulai tahun ini berikutan sumber dana yayasan itu mempunyai kaitan dengan 1MDB yang masih dalam siasatan pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan