KUALA LUMPUR - Masyarakat khususnya yang sering mengkritik kerajaan menipu dalam menunaikan 10 janji manifesto dalam masa 100 hari pemerintahannya dinasihatkan untuk lebih rasional.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Aizuddin Mohd Sani berkata, sesuatu janji itu boleh dikatakan menipu apabila ia langsung tidak dilaksanakan atau ditunaikan dengan janji yang berlainan.

Menurutnya, masyarakat perlulah lebih rasional untuk memberikan masa yang lebih panjang kepada kerajaan sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun ke dua tahun.

“Apa yang dijanjikan oleh PH sebelum ini tak sampai tahap menipu dan ia tidak tercapai berikutan beberapa kekangan bukan hanya dalam negara sahaja, bahkan luar negara membabitkan 'trade war' yang memberi kesan kepada ekonomi negara,” katanya.