Petrol masih tak turun, tol masih dibayar, hutang Felda tak dihapus dan banyak lagi belum tertunai

BANGI – Berbaki 14 hari lagi, namun bayang-bayang janji kerajaan Pakatan Harapan masih tidak ditunaikan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Perdana Menteri itu berkata,
tempoh 100 hari janji secara bertulis di dalam manifesto untuk memenuhi
10 janji semakin hampir.
“Tetapi berapa dari 10 janji ini telah
ditepati? Harga petrol masih tidak diturunkan, tol masih tetap dibayar
rakyat, hutang Felda tidak dihapuskan, RCI untuk 1MDB juga tidak
diadakan dan ramai lagi janji dan tuduhan dikelihatan sebagai penipuan dan fitnah sahaja.
“Lebih parah untuk rakyat ialah harga
barang tidak turun selepas GST disifarkan dan bakal akan naik bulan
depan apabila SST diperkenalkan.
“Malah, rakyat dilihat bakal berdepan
dengan satu lagi pusingan inflasi apabila SST diperkenalkan,” katanya
memuat naik status di Facebook beliau, hari ini.
Sehubungan itu, Najib yang merupakan
Ahli Parlimen Pekan mahu rakyat menghantar amaran kepada kerajaan
menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.
“PRK ini merupakan peluang untuk rakyat
membantah dan menghantar amaran kepada pemerintah bahawa rakyat tidak
suka fitnah, rakyat tak mahu ditipu dan segala janji-janji dibuat patut
ditepati,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan