Menteri pembangunan luar bandar berkata, banyak peluang pekerjaan boleh diwujudkan tanpa bergantung kepada ECRL semata-mata.

Rina
Harun berkata, ada banyak cara untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan
menambah pendapatan rakyat, tanpa perlu bergantung pada ECRL. (Gambar
Bernama)
Sebaliknya, beliau berkata, banyak peluang pekerjaan boleh diwujudkan tanpa bergantung kepada ECRL semata-mata.

Rina Harun.
“Memang diakui ECRL ini boleh tambah peluang pekerjaan, tetapi sebenarnya banyak peluang lain boleh dicipta tanpa ECRL ini.
“Banyak cara untuk wujudkan peluang pekerjaan, tambah pendapatan rakyat, tidak semestinya perlu bergantung pada ECRL semata-mata,” katanya pada Program Kenduri Sekampung bersama Wanita PPBM di dewan futsal Kampung Geting di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi PPBM Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan pembatalan projek ECRL berdasarkan faktor kedudukan kewangan negara.
Laluan ECRL sepanjang 688km itu menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pantai Timur melalui Kuantan, Pahang; Terengganu dan berakhir di Pengkalan Kubor, Kelantan.
Dalam perkembangan lain, Rina berkata, kementeriannya akan mengkaji semula semua projek infrastruktur di negeri ini, terutamanya projek mega.
“Semua projek infrastruktur di bawah kementerian saya dalam kajian semula, sama ada diteruskan atau dibatalkan, terutama membabitkan projek mega kerana mengambil kira masalah kewangan negara.”
Beliau berkata, pihaknya juga akan menilai sama ada sesebuah projek itu benar-benar mendatangkan manfaat kepada rakyat kerana tidak mahu meneruskan projek yang tidak diperlukan di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan