HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 Ogos 2018

Skandal tanah DBKL: Jawatankuasa khas akan serah syor kepada PM

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Hasil syor jawatankuasa khas yang dibentuk untuk meneliti kes penjualan 64 lot tanah bernilai RM4.28 bilion yang dibuat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tanpa tender terbuka akan diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Wilayah Khalid Abd Samad berkata antara syor yang dikemukakan adalah sebahagian daripada kontrak atau jualan dibatalkan dengan wang dikembalikan kepada syarikat terbabit.

“Sebahagian lagi diteruskan dengan penambahbaikan. Ada juga yang disyorkan untuk diteruskan sebagaimana dalam kontrak. Syor ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri untuk beliau membuat keputusan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan kesemua syor oleh jawatankuasa berkenaan tidak bererti siasatan SPRM akan dihentikan terhadap mana-mana transaksi yang mempunyai unsur meragukan.

Dalam pada itu, Khalid berkata kementeriannya bersedia melaksanakan penambahbaikan terhadap proses penjualan tanah DBKL.

Tiada ulasan: