HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Januari 2019

HUBUNGAN PAS-UMNO KERANA ISLAM


PAS tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk UMNO dalam memperjuangkan isu-isu kritikal negara ini.

Naib Presiden PAS, Idris Harun walaubagaimanapun menegaskan hubungan kerjasama tersebut mestilah tidak merugikan Islam.

“Saya penyokong tegar dilahir dalam keluarga PAS. Menentang UMNO sejak sekolah, di universiti dan sewaktu menjadi pensyarah ITM lagi.

“…Tiba-tiba boleh sepentas dengan musuh tradisi saya. Kenapa saya boleh berbuat demikian? Semua kerana Islam.

“Dengan siapa PAS berkawan, Islam tetap menjadi batas sempadan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Idris berkata beliau melihat perjuangan menegakkan Islam terbuka luas hasil kerjasama UMNO dan PAS dalam beberapa isu sejak kebelakangan ini.

“Memperkenalkan Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan menjelaskan untuk mengangkat martabat Melayu mesti Islam sebagai tonggak.

“Melayu tidak ke mana jikalau tanpa Islam. Menjelaskan peranan Islam di dalam menyelesaikan kemelut negara dan permasalahan masyarakat.

“Meyakinkan bahawa Islam selamat melayu selamat. Islam selamat, negara selamat. Islam selamat, cina, India dan bangsa lain akan selamat,” katanya.

Walaubagaimanapun Idris menegaskan kerjasama akan berakhir sekiranya terbukti Islam tidak menjadi agenda utama perjuangan.

“Apabila kerjasama tidak menguntungkan Islam, PAS akan tarik “handbrake” walaupun nampak rugi dari segi politik,” ujar beliau.

Tiada ulasan: