Akur desakan rakyat, Chua Soi Lek letak semua jawatan parti dan kerajaan.
KUALA LUMPUR (Hrkh) - Naib Presiden MCA Dato' Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan dan semua jawatan dalam parti serta anggota Parlimen Labis, berkuatkuasa serta merta.
Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang medianya dekat sini hari ini.Terdahulu sebelum pengumuman yang disiarkan dalam beberapa berita versi internet, Dr Chua Soi Lek digesa untuk melepaskan jawatannya itu.
Dalam satu kenyataan terkini Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, beliau meminta Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi segera membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihanraya diadakan.
Pembubaran itu digesa bagi memberi rakyat peluang mebuat pilihan sendiri menerusi sistem pilihanraya bersih dan adil.
Terdahulu gesaan supaya Dr Chua Soi Lek meletak jawayan turut dibuat oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob dan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dalam kenyataan yang tersiar sebelum ini.
Mereka antara lain berpendirian bahawa perlakuan Dr Chua Soi Lek itu sesuatu yang menjejaskan integritri dan merendahkan moralnya sebagai seorang pemimpin kerajaan dan BN./wann.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan