HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 Januari 2008

BPR mula siasat Bernas.
Oleh Norfatimah Ahmad.



KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) memulakan siasatan terhadap Padiberas Nasional Bhd (Bernas) serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung kemasukan lebih 25,000 tan beras wangi dari Thailand bernilai lebih RM60 juta ke negara ini tanpa permit import (AP).

Sepasukan pegawai dari ibu pejabat BPR membuat pemeriksaan dan merekodkan keterangan beberapa kakitangan Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras kementerian berkenaan kelmarin sebelum pergi ke pejabat Bernas di Petaling Jaya, semalam.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdul, ketika dihubungi Berita Harian semalam berkata, pemeriksaan di kedua-dua premis berkenaan dilakukan bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu.

Ditanya sama ada BPR juga mengambil dokumen berkaitan untuk diteliti, Shukri menjawab:

"Setakat ini, kami mengambil keterangan beberapa pegawai di kementerian berkenaan dan Bernas."

Beliau berkata, siasatan menjurus kepada beberapa perkara termasuk mengenal pasti tindakan yang menyalahi syarat dan peraturan pengimportan.

Tiada ulasan: