HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Januari 2008

Kakitangan mahkamah disyaki ambil rasuah.


KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan seorang kakitangan Mahkamah Sesyen Seremban kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM3,500 berhubung satu kes mengedar dadah.

Dalam kenyataannya hari ini, BPR berkata, lelaki berusia 45 tahun itu didakwa menerima RM2,500 bagi menutup kes melibatkan anak kepada pengadu dan menerima sebanyak RM500 lagi bagi menukar keputusan ujian air kencing anak pengadu terbabit.

BPR berkata, lelaki tersebut ditangkap pada 28 Dis lalu kerana meminta tambahan RM500 daripada pengadu sebagai sumbangan bagi majlis perpisahannya yang akan bertukar ke Alor Star.

Suspek ditahan reman selama tiga hari sebelum dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1,000. BERNAMA

Tiada ulasan: