HALAMAN SANTAI

Khamis, 17 Januari 2008

Lebuhraya baru KL-Putrajaya dikenakan tol hari ini.



KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya baru KL-Putrajaya dikenakan tol antara antara RM1.50 dan RM7.50 berkuatkuasa hari ini.

Menurut satu kenyataan daripada Menteri Kerjaraya Datuk Seri Samy Vellu hari ini, kadar tol yang dikenakan berbeza mengikut jenis kenderaan.

Bagi tol di bahagian Salak Selatan, kadar yang ditetapkan oleh Kabinet ialah RM1.50 untuk kereta dan bas, RM3 untuk lori kecil, RM4.50 untuk lori besar dan 80n sen untuk teksi.

Bagi tol di bahagian Putrajaya pula, kadar yang ditetapkan ialah RM2.50 untuk kereta dan bas, RM5 untuk lori kecil, RM7.50 untuk lori besar dan RM1.30 untuk teksi.

Lebuhraya itu yang siap baru-baru ini memendekkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya kepada antara 15 dan 20 minit berbanding antara 40 dan 50 minit mengikut laluan yang lain.

Lebuhraya yang mula dibuka kepada orang ramai sejak 13 Disember lalu itu dikendalikan oleh Konsortium Lapangan Terjaya Sdn Bhd.

Tiada ulasan: