Pegawai BPR sahkan klip video dirakam di rumah peguam V.K. Lingam.
KUALA LUMPUR – Seorang pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR), Shahadan Mohd. Yatim mengesahkan bilik yang menjadi lokasi rakaman klip video perbualan mengenai pelantikan hakim-hakim adalah bilik tamu di rumah peguam Datuk V.K Lingam.
Beliau ialah saksi pertama prosiding Suruhanjaya Diraja menyiasat klip video perbualan telefon seorang peguam terkenal bagi mengatur pelantikan hakim-hakim pada tahun 2002.
Menurut Shahadan, beliau diarah mengambil gambar di rumah Lingam pada pagi 25 Disember lalu.
Siasatan Suruhanjaya Diraja itu yang dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Nor dijalankan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini bermula pukul 10.05 pagi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan