Pilihanraya olok-olok bukti UMNO/BN Selangor penakut – AMK Selangor.
Kelana Jaya - Ketua Angkatan Muda KeADILan Negeri Selangor (AMK Selangor), Halimey Abu Bakar hari ini membidas Umno-BN yang mengadakan Pilihanraya Olok-Olok yang dijadualkan pada 5 Januari 2008.
Menurut Halimey, buat julung-julung kalinya bahawa Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Menteri Besar Selangor YAB Dato Seri Khir Toyo akan mengadakan mengadakan pilihanraya olok-olok tersebut.
“Beliau telah mengarahkan agar semua bilik gerakan telah bersedia menampal segala poster-poster dan bendera-bendera di setiap bilik gerakan BN (khususnya Umno) begitu juga dengan daftar pemilih serta peti-peti undi bagi menghadapi Pilihanraya olok-olok bagi Negeri Selangor ini,” dedah Halimey.
Halimey menegaskan bahawa AMK Negeri Selangor berpendirian kerajaan BN khususnya Negeri Selangor takut dan tidak berkeyakinan untuk menghadapi Pilihanraya yang sebenarnya .
“Pilihanraya olok-olok ini dilihat bertujuan untuk mengenal pasti potensi sebenar Umno-BN Selangor di dalam pilihanraya akan datang, dan difahamkan wujud unsur tekanan ke atas pengundi-pengundi tertentu untuk tidak mengundi selain daripada Umno-BN,” tambah Halimey.
Ditambah pula dengan lambakan pemasalahan rakyat serta pemasalahan kepimpinan Umno-BN di dalam negeri Selangor, ternyata mereka kini benar-benar terdesak, jelas beliau.
AMK Negeri Selangor kata Halimey juga ingin mengajak seluruh rakyat Negeri Selangor bangun dari lena yang panjang dan mimpi yang ngeri selama pemerintahan kerajaan Umno-BN untuk melakukan perubahan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan