KUALA TERENGGANU - Kementerian Pertahanan sentiasa bersedia
menghadapi gelombang banjir yang bakal melanda negara setiap kali tiba
musim tengkujuh.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kementeriannya menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak pernah lari daripada tanggungjawab dan sentiasa bersedia membantu rakyat dalam apa jua situasi termasuk bencana banjir.
"Kekurangan air di Selangor pun kita gunakan tentera serta 'tanker' milik tentera bagi membantu rakyat di Selangor yang berdepan dengan krisis bekalan air di negeri itu.
"Tentera kita...sentiasa bersedia bukan sahaja dalam keadaan kita berperang, tapi dalam keadaan bencana pun kita boleh memainkan peranan mendekati rakyat," kata Hishammuddin ketika ditemui pada majlis Konvensyen Umno Terengganu 2014 di sini hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan