KUALA LUMPUR - Ahli-ahli UMNO di Selangor diingatkan supaya berani
bertindak dan membuat perubahan dalam semangat baru seterusnya berupaya
mencapai cita-cita parti menawan semula pemerintahan negeri itu.
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak turut berkata, UMNO Selangor
perlu mengamalkan konsep 'low cost, high return' seterusnya berupaya
mencapai sasaran tersebut menjelang Pilihan Raya Umum (PRU14) kelak.
"Bangkitlah kita dalam semangat baru. Saya akan membantu UMNO Selangor
tetapi saya mahukan keberhasilan. Biarlah kita mengamalkan 'high return,
low cost', jangan 'low return, high cost'.
Terimalah hakikat bahawa kita merupakan pembangkang di Selangor. Tiada
apa yang menggembirakan saya selagi belum melihat UMNO memerintah dan
berkuasa di Selangor. Kita berdoa memohon kepada Allah tetapi Allah
tidak akan mengubah nasib jika kita tidak mengubah diri sendiri,"
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvensyen UMNO Selangor
2014 : 'Bersama Melaksana Transformasi' di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) hari ini.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh
Omar, Timbalan Pengerusi Datuk Abdul Shukur Idrus dan Pengarah
Konvensyen merangkap Ketua Penerangan UMNO Selangor Datuk Zein Isma
Ismail serta Ketua-Ketua Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Selangor.
Selain daripada itu, Najib juga meminta ahli di semua peringkat termasuk
akar umbi supaya menggunakan pendekatan yang berkesan dalam memenangi
hati masyarakat seterusnya memberi keyakinan kepada mereka untuk
bersama-sama menyertai UMNO.
"Jangan hanya tumpukan kepada politik pembangunan sahaja tetapi juga perlu menitikberatkan soal sokongan rakyat kepada parti.
Ubah strategi, halatuju, pendekatan, pemikiran, apakah kita boleh
mengharapkan keberhasilan yang berkesan. Jika kita tidak berani
berhijrah kepada yang lebih baik. Janganlah kali ke 3 kita kekal sebagai
pembangkang di Selangor," tegas beliau.
Terdahulu, Najib membidas gerak kerja UMNO Selangor yang disifatkannya
masih lembab dalam menambat hati rakyat dan pengundi di negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan