HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 November 2014

Najib: Beri saya kuasa 'mutlak' untuk ubah nasib Umno di Selangor


ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
 
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bersedia melakukan perubahan 'drastik' berhubung kepimpinan Umno Selangor sekiranya diberikan 'kuasa mutlak' untuk bertindak sedemikian.
 
"Kalau dia (ahli Umno) hendak saya membuat perubahan yang drastik, dia kena beri sokongan dan mandat sepenuhnya," kata Najib kepada Mingguan Malaysia.
 
"Tetapi kalau dipertikaikan, berbelah bagi dan sebagainya, susahlah saya hendak berbuat sesuatu kalau penyelesaian itu memerlukan penyelesaian yang drastik," tegas beliau.
 
"Kalau mandat diberikan yang memerlukan penyelesaian drastik, tahulah apa saya hendak buat. Tapi kalau saya ambil tindakan drastik, tidak dapat sokongan parti, tindakan saya boleh dipertikaikan," kata Presiden Umno.
 
"Ya, mandat tambahan. Beri saya kuasa mutlak," kata Najib.
 
Kenyataan Najib itu menyusul sehari selepas Datuk Seri Noh Omar berkata beliau diberikan mandat oleh Najib untuk terus menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.
 
Nasib Umno di Selangor menjadi tumpuan selepas  prestasi suram pada dua pilihanraya umum lalu. Parti itu kini hanya mempunyai 12 kerusi DUN manakala MCA, Gerakan dan MIC tewas di semua kerusi yang ditandingi.
 
Beberapa pihak sebelum ini mendesak Najib untuk melaksanakan perubahan drastik dalam kepimpinan Umno Selangor demi memastikan parti itu tidak terus menjadi pembangkang di negeri paling maju di Malaysia.
 
Dalam wawancara itu, Najib juga berkata beliau tidak menutup pintu kepada kerjasama Umno-PAS.
 
"Saya bersikap terbuka. Harap PAS juga bersikap sedemikian dan tidak melihat Umno sebagai musuh. Kita juga tidak boleh anggap PAS sebagai musuh walaupun mempunyai perbezaan pendapat,” kata Najib.
 
"Umno bukan ancaman kepada umat Islam dan Islam itu sendiri. Orang PAS mestilah melihat hakikat ia tidak berpunca daripada Umno," kata Najib

Tiada ulasan: