IPOH: Keadaan kesihatan Adun Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Abu Hassan
menunjukkan perkembangan positif apabila sudah mampu menggerakkan tangan
dan kaki, semalam.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, meskipun begitu, beliau
masih diletakkan di bawah pemantauan pakar kerana dikhuatiri tekanan
darah tinggi naik semula.
“Beliau masih perlukan rehat secukupnya, doktor nasihatkan mereka yang
datang ziarah untuk tidak mengajaknya berbual, dibimbangi pergerakan
banyak membuatkan tekanan darah naik semula,” katanya dilaporkan Sinar
Harian.
Razman berkata, sebaik sedar dari koma, semalam Setiausaha PAS Perak itu sudah mampu menggerakkan anggota badan.
“Bila disapa ada respon, beliau akan buka mata dan ada ketikanya gerakkan tangan dan kaki,” katanya.
Pada Selasa lalu, wakil rakyat PAS berusia 41 tahun itu dibawa ke Unit
Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas
ditemui rebah dalam bilik mandi kediamannya di Kampung Tebuk Panchur,
Gunung Semanggol.
Beliau yang disahkan mengidap strok berdarah kemudiannya selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di kepala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan