MALAYSIANBARU.COM
SHAH ALAM – Pengacara Datuk
Aznil Nawawi berkata, pengalamannya dikutuk oleh imam Masjid Negara
dalam satu khutbah Jumaat menyebabkan dia berasa amat berdosa terhadap
dirinya sendiri.
Aznil Nawawi Imbas Pengalaman Dikutuk Imam Masjid
Namun kata
Aznil, 55, peristiwa itu membuatkan dia terbuka untuk meminta maaf hanya
kerana penampilannya sebagai hos dalam sebuah rancangan televisyen
ketika itu mendapat bantahan orang ramai.
“Kita diajar jika buat salah kena minta maaf dan satu aspek lain pula
ialah memaafkan… itu baru betul,” katanya kepada mStar Online.
Aznil mengimbas kenangan lalunya sewaktu menjadi hos Pop Kuiz di TV3
yang mendapat kritikan orang ramai hanya kerana imej dan penampilan
peliknya ketika itu.
Beliau berkongsi pengalaman itu selepas melihat kejadian terhadap
pengacara dari Singapura, Najip Ali yang meminta maaf kerana
kesilapannya mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
namun isu itu masih berpanjangan.
Kata Aznil, ketika namanya disebut dalam khutbah Jumaat itu dia amat
sedih namun dia bersyukur kerana diberi ruang untuk meminta maaf akibat
melakukan kesilapan secara terbuka.
“Saya pun buat kesilapan sebelum ini, tapi orang beri saya ruang.
Saya pernah dikutuk dalam khutbah Jumaat, itu satu dosa besar bagi saya.
“Saya minta maaf dan mereka terima permohonan maaf saya dan kami move on,” ujarnya.
Menerusi laporan mStar Online pada awal pagi Selasa, Presiden
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi tetap berkeras mahu
empat lagi selebriti lain iaitu Vernetta Lopez, Sam See, Rishi Budhrani
dan Mike Kassim memohon maaf kepada Perdana Menteri.
Kata Zed, permohonan maaf daripada Najip dan stesen MediaCorp tidak
memadai kerana tindakan itu tidak disertai selebriti lain yang turut
terlibat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan