HALAMAN SANTAI

Selasa, 20 Februari 2018

Hina PM: Pereka grafik dipenjara sebulan, denda RM30,000

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
IPOH: Seorang pereka grafik dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM30,000, selepas didiapati bersalah memuat naik gambar aib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam akaun Facebooknya dua tahun lalu.
 
Tertuduh didakwa menggunakan akaun Facebook 'Fahmi Reza' disuatu pautan secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 8 Feb 2016.
 
Hukuman tersebut diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini kerana posting karya satira badut di Facebook.
 
Pautan itu kemudian didakwa dibaca di sebuah alamat di Seraya Sdn Bhd, Batu 3, Jalan Jelapang, di Ipoh, pada 2.40 petang, tarikh yang sama.
 
Mohd Fahmi Reza didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
 

Tiada ulasan: