HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 Jun 2018

Azmin: Felda perlu berubah segera

KEADILAN DAILY

 azmin ali

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu Felda melakukan perubahan secepat mungkin bagi menangani masalah-masalah mereka.

Timbalan presiden KEADILAN itu yang bertemu Felda minggu ini bertegas agar pengurusan agensi itu bertanggungjawab terhadap masalah-masalah yang dihadapinya.

“Pihak pengurusan harus bertanggungjawab. Saya memberitahu Felda yang mereka harus melakukan perubahan secepat mungkin. Mereka akan dipertanggungjawabkan terhadap masalah yang melanda Felda,” katanya.

Bekas pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad sebelum ini meletak jawatan selepas Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau turut disaman pemaju Synergy Promenade Sdn Bhd sebanyak RM100 juta atas dakwaan mengeluarkan kenyataan kurang tepat tentang syarikat itu.

Sementara itu, Azmin turut mengumumkan beliau akan bertemu lembaga pengarah Tabung Haji dalam masa terdekat.

“Saya akan bertemu Tabung Haji minggu depan bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi agensi itu. Saya menjangkakan akan ada beberapa peletakan jawatan,” kata Azmin memetik laporan The Malaysian Insight.

Tiada ulasan: