Menteri kewangan berkata, kerajaan memperuntukkan RM3
bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi memastikan harga bahan api
ini diapungkan di pasaran.
Lim Guan Eng berkata, harga RON97 yang kini mencecah RM2.59 seliter, akan ditetapkan berdasarkan pergerakan pasaran.
Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran.
“Jumlah itu (subsidi) boleh dikurangkan, bergantung kepada harga minyak, tetapi saya tidak mahu memberikan angka kerana ia turun naik minggu demi minggu.
“Tetapi, anggaran kami adalah RM3 bilion (subsidi) hingga akhir tahun,” katanya sambil menambah walaupun harga mungkin meningkat selepas ini, kerajaan berusaha “tidak menaikkan harga”.
Mengenai RON97 yang kini mencecah RM2.59 seliter, Lim berkata, harga akan ditetapkan berdasarkan pergerakan pasaran.
“RON97 tidak menjadi masalah kerana ia digunakan kenderaan mewah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan