Bernama / ASTRO AWANI
Suspek
yang berusia 31 tahun itu dipercayai mengelar anaknya di bilik tidur
rumahnya pada 8.40 malam kerana mengalami halusinasi. - Gambar hiasan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ACP Othman Nayan berkata suspek yang berusia 31 tahun itu dipercayai mengelar anaknya di bilik tidur rumahnya pada 8.40 malam kerana mengalami halusinasi.
"Kejadian disedari oleh bapa mangsa yang mendakwa telah menolak suspek apabila melihat dia mengelar leher mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dengan menggunakan pisau.
BACA: Kelar anak: 'Suspek kerap termenung, dengar bisikan' - Suami
Othman menambah suspek telah ditahan sejurus kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Katanya, polis telah mengambil keterangan bapa mangsa dan didapati suspek tidak pernah mendapatkan rawatan mental di mana-mana hospital sebelum ini. -- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan