ALOR SETAR: PAS menyerah nama calon bagi mengisi jawatan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah.
Senarai nama itu diserah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor yang juga Adun Jeneri, kelmarin.
Hadir sama di Pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kedah ialah Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat.
Sanusi berkata, senarai nama itu diserah
kepada pihak kerajaan memandangkan persidangan Dun Kedah akan
berlangsung pada 4 Julai ini.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas
Pakatan Harapan (PH) yang menggabungkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara
memenangi 18 kerusi Dun.
Manakala PAS pula menang 15 daripada 36
kerusi yang ditandingi. BN pula menang 3 kerusi. Ini menjadikan
kedudukan kerusi Dun setara iaitu 18 kerusi antara PH dan pembangkang. -
HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan