HALAMAN SANTAI

Ahad, 3 Jun 2018

Pekerja asing: Muhyiddin nafi didatangi sindiket

 
Beliau berkata tidak ada perbincangan antaranya dengan individu tersebut mengenai kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia.
 
 
Muhyiddin menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya beliau didatangi individu dikatakan terlibat dalam sindiket kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia. (Gambar Bernama)


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya beliau didatangi individu dikatakan terlibat dalam sindiket kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mengenali individu tersebut. Tidak ada apa-apa perbincangan antara saya dan individu tersebut mengenai kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia,” katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.

Berhubung dakwaan kononnya kementerian memberikan kelulusan kepada individu tersebut membawa masuk 80,000 pekerja asing ke Malaysia beberapa hari sebelum pilihan raya umum lepas, beliau meminta ketua setiausaha kementerian dalam negeri memberikan taklimat terperinci berhubung dakwaan itu.

Jelasnya, beliau juga mengarahkan supaya pelaksanaan kelulusan ini, jika ada, ditangguhkan sehingga taklimat terperinci diberikan.

Muhyiddin berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan sistem kemasukan pekerja asing ke negara ini untuk mengaut keuntungan.

Sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang dan menjejaskan kepentingan negara akan diambil tindakan tegas, katanya

LIHAT VIEO DI SINI

Tiada ulasan: