HALAMAN SANTAI

Sabtu, 2 Jun 2018

PM Lee ucap tahniah kepada Mat Sabu

THE MALAYSIAN TIMES
 


SINGAPURA: Menteri Pertahanan Malaysia yang baharu dilantik Mohamad Sabu mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura Le Hsien Loong di Istana hari ini dalam satu acara di luar Dialog Shangri-La (SLD) ke-17.

Mohamad kini berada di Singapura bagi menghadiri SLD.

Dalam pertemuan itu, Lee mengucapkan tahniah kepada Mohamad atas lantikannya sebagai menteri pertahanan, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Singapura .

Menurut kenyataan itu lagi pada pertemuan itu, Lee dan Mohamad menegaskan semula hubungan erat dan luas antara Singapura dan Malaysia.

Mereka membincangkan tentang kerjasama pertahanan yang berterusan antara Singapura and Malaysia, termasuk pada platfom pelbagai hala seperti Mesyuarat Menteri -Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus, Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA), dan rondaan Selat Melaka , untuk manfaat kedud-dua negara. .

Ketika di Singapura, Mohamad akan bertemu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelarasan bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean, dan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.

Beliau juga akan bertemu menteri-menteri pertahanan FPDA dalam dalam satu acara tidak rasmi yang dihoskan oleh Dr Ng, menurut kenyataan itu.– Bernama

Tiada ulasan: