Sinar Harian / ASTRO AWANI
Jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia setakat jam 3 petang Ahad. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Sebanyak RM74.6 juta berjaya dikumpulkan melalui Tabung Harapan Malaysia setakat jam 3 petang Ahad.
Jumlah kutipan terkini tabung itu dikeluarkan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.
Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.
Rakyat yang ingin menyumbang kepadaTabung Harapan Malaysia boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5660-1062-6452.
Jumlah kutipan tabung tersebut akan dikemaskini pada 3 petang setiap hari di laman web Kementerian Kewangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan