KUALA TERENGGANU:
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan tahniah
kepada Exco Kerajaan Negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah, Ahli Parlimen
Kuala Terengganu, Amzad Hashim dan Adun Bandar, Ahmad Shah Mohamed yang
mengutip sampah dalam Program Tinjauan Cakna Kebersihan Pantai Lagun
Kuala Ibai, semalam.
“Tahniah, Exco Kerajaan Negeri, YB Ust
Wan Sukairi Wan Abdullah, MP Kuala Terengganu, YB Hj Amzad Hashim dan
ADUN Bandar, YB Ahmad Shah Mohamed.
“Terengganu maju, berkat dan sejahtera tanpa sampah,” ujar Ahmad Samsuri menerusi laman Facebook.
Berikut ialah tulisan Wan Kamarudin Wan Ibrahim menerusi laman Facebook, semalam mengenai perkara itu.
Firstly, terima kasih banyak kpd semua yg memberikan sokongan dgn meninggalkan komen2 yg konstruktif.
Secondly, SHAME ON YOU kpd yg anggap isu kebersihan isu remeh.
Alhamdulillah,
kurang sehari saya post keadaan sampah sarap termasuk lampin pakai
buang yg bertaburan di Lagun Kuala Ibai, ia dipandang serius pihak2
berkaitan.
Dalam sejarah penglibatan saya dalam industri, kali pertama 3 YB sekali turun padang setelah sesuatu isu didedahkan.
Satu pencapaian yg sangat baik mengambil kira baru sebulan lebih pentadbiran baru mengambil kuasa pemerintahan negeri.
Syabas
buat Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Hj Amzad, ADUN Wakaf Mempelam
YB Ustaz Wan Sukairi dan ADUN Bandar Ustaz Mat Shah, dalam program yg
sgt padat tapi sanggup mengutip sisa sampah yg bertaburan di Lagun Kuala
Ibai.
Diharapkan usaha kecil ini membuka mata kepada semua
anggota masyarakat untuk memelihara alam sekitar anugerah paling
berharga dari Yang Maha Esa.
Tolong bawa plastik sampah dari rumah sekiranya anda mengunjungi public area yg susah nak cari tong sampah.
Saya
suka komen Datin Rashidah Mohammad, kita doakan usaha mengutip sampah
walaupun bukan sampah kita sebagai satu usaha yg diberikan ganjaran
pahala oleh Allah swt yg sangat kita perlukan apabila kita berada di
alam sana suatu hari nanti.
Terima kasih juga kepada semua rakan media lain yg sudi turun sekali.
Akhir sekali, terima kasih banyak buat anda semua. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan