HALAMAN SANTAI

Isnin, 18 Jun 2018

Umno tangguh senarai akhir calon pemilihan parti

Umno tangguh senarai akhir calon pemilihan parti
Ketua Setiausaha Pejabat Umno, Azwan Aziz memberitahu media senarai akhir calon akan siap dalam tempoh dua hari lagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain
 
UMNO menangguhkan pengumuman senarai akhir calon yang bertanding dalam pemilihan parti itu sehingga Rabu kerana proses saringannya yang belum selesai.

Pengumuman hari ini amat ditunggu-tunggu namun Ketua Setiausaha Pejabat Umno, Azwan Aziz memberitahu media senarai akhir calon akan siap dalam tempoh dua hari lagi.

"Ini bukan senarai akhir. Awak perlu tunggu selewat-lewatnya hari Rabu.

"Kita perlu manilai status kredit calon seperti yang termaktub dalam Fasal 9A Akta Pertubuhan 1966 yang melarang individu bankrap memegang sebarang jawatan dalam parti," kata Azwan di ibu pejabat Umno hari ini, di mana calon-calon diberi nombor slot mereka.

Pemohonan bago jawatan tertinggi parti dan Majlis Tertinggi ditutup pada jam 5 petang semalam, namun disebabkan bilangan calon yang ramai, Umno membuat keputusan untuk mengumumkan senarai akhir pada hari ini.

Pemilihan bagi jawatan tertinggi parti akan diadakan pada 30 Jun manakala pemilihan sayap (Pemuda, Wanita dan Puteri) akan diadakan pada 23 Jun.

Pemilihan Umno tahun ini sudah dua kali ditangguhkan. Kali terakhir pemilihan diadakan ialah pada 2013.

Ekoran kekalahan Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-14, pemilihan parti pada kali ini bakal menyaksikan bilangan calon bertanding teramai, yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pemilihan kali ini juga memecah amalan tradisi iaitu tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi.

Antara calon yang diumumkan hari ini ialah:

Presiden:

1) Rahmat Azim Abd Aziz - Kota Raja
2) Ahmad Zahid Hamidi - Bagan Datuk
3) Rosile Saat - Bangi
4) Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
5) Mohd Iqbal Maricair - Bandar Tun Razak
6) Mohd Yusof Musa @ Jamaludin - Iskandar Puteri
7) Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Timbalan Presiden: 

1) Mohd Hasan - Rembau
2) Annuar Musa - Ketereh
3) Mohd Afnalizal Salim - Pekan

Naib Presiden (3 kekosongan): 

1) Johari Abd Ghani - Titiwangsa
2) Mahdzir Khalid - Padang Terap
3) Ahmad Said - Kemaman
4) Mohd Khaled Nordin - Pasir Gudang

5) Tajuddin Abd Rahman - Pasir Salak
6) Mohd Shukri Roslan - Damansara
7) Ismail Sabri Yaakob - Bera
8) Sheikh Razali Sheikh Ahmad - Gua Musang

Ketua Pemuda: 
1) Syed Rosli Syed Harman - Pandan
2) Jamal Md Yunos - Sungai Besar
3) Dr Ashraf Wajdi Dusuki - Kelantan
4) Mohd Nor Izzat Johari - Hulu Selangor

5) Khairul Azwan Harun - Pasir Salak
6) Mohd Shahar Abdullah - Paya Besar
7) Wan Md Hazlyn Agyl Md Hasan - Seputeh
8) Abdul Razak Yusof - Tanjung Malim
9) Irwan Azhar Amin - Bangi

Tiada ulasan: