Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya mahu menegakkan Islam dalam erti kata sebenarnya di Malaysia, anaknya, Marina sedang sibuk memperjuangkan hak bagi komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara.
Anak kepada Perdana Menteri Marina itu mahukan hak yang sama dinikmati rakyat Malaysia lain turut sama dirasai golongan LGBT di negara ini.
Ini kerana katanya, kumpulan LGBT menghadapi diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka berdasarkan kepada anggapan dan stigma daripada anggota masyarakat.
“Di Malaysia, komuniti LGBT agak berbeza daripada apa yang anda lihat di Barat. Saya fikir semua orang telah diwarnai oleh apa yang mereka lihat di Barat.
“Masyarakat LGBT di Malaysia tidak meminta hak tambahan, mereka minta hak yang sama seperti orang lain.
“Setakat yang saya tahu, dan saya mempunyai sejarah panjang mengetahui komuniti ini, mereka tidak begitu agresif dalam menuntut hak mereka.
“Seperti yang anda lihat, sebahagian besar daripada mereka terpinggir, dan jika anda dipinggirkan, anda pada asasnya tidak mempunyai daya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ampang pada Sabtu.
Marina diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang mengatakan bahawa LGBT tidak seharusnya didiskriminasikan, tetapi tidak boleh mencabar sistem dan nilai di negara.
“Setiap warganegara Malaysia bebas dan tidak boleh didiskriminasi di tempat kerja dan dalam isu lain. Berhubung orientasi seksual, jika kita diam-diam tanpa mencabar sistem, itu isu lain,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan