HALAMAN SANTAI

Ahad, 5 Ogos 2018

Yana Samsudin tolak bersalaman dengan ahli Running Ma tapi Dr Maszlee & Mat Sabu suka bersalam...


 
TINDAKAN pelakon dan pengacara Yana Samsudin menolak untuk bersalaman dengan salah seorang anggota Running Man mendapat perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuat naik Yana pada Sabtu, dia menolak secara baik apabila salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Jee Seok untuk bersalaman dengannya.

Bagaimanapun, Yana kemudian menjelaskan bahawa dia hanya bersalaman dengan wanita.

"I only shake hands with girl (Saya hanya bersalaman dengan perempuan sahaja)" ujarnya.

Video berdurasi satu minit itu mendapat hampir 170,000 tontonan di laman sosial miliknya.

Rata-rata memuji tindakan pelakon filem Adnan Sempit ini yang menjaga akhlak dan batas sebagai seorang muslimah.

Sementara itu Yana berkata, dia akan bersiaran secara langsung bersama ahli Running Man pada Ahad ini di TV9 dalam rancangan CJ Wow Shop.

"Esok (Ahad) bersedia Yana akan bersama abang dan akak dari Korea Runing Man untuk offer korang barang yang terbaik dari Korea," ujarnya.

Empat selebriti popular Korea Selatan ke Malaysia bagi menghangatkan rancangan CJ Wow Shop dengan kerjasama Channel A menerusi program Sales King TV.

Antara selebriti tersebut iaitu anggota Running Man iaitu Ji Suk-jin dan Yang Se-chan serta penyanyi JeA daripada kumpulan Brown Eyed Girls dan Sung-jong (INFINITE).



Tapi malang yang hebat bercakap Islam tak boleh nak bagi penerangan kepada bukan Islam bahawa lelaki dan perempuan tidak boleh bersalam. Ambil pandangan yang daif... tak ada jati diri Islam yang kuat. Hanya bercakap sahaja kuat.

Yang ini pun sama parti Islam baharu kononnya. Sangat rosak kalau pimpinan yang dikatakan hebat dalam perjuangan bersama PAS dulu kini lebur dengan tangan lembut perempuan.

Sepatutnya Dr Maszlee Malik dan Mat Sabu belajar dengan artis Yana.

Tiada ulasan: