HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Ogos 2018

Mukhriz kata tak terbabit Opcom dapat kontrak TM

MALAYSIAKINI

   

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan tidak terbabit dengan pemberian kontrak daripada Telekom Malaysia Bhd (TM) bernilai RM11.16 juta kepada syarikat pengeluar produk fiber optik, Opcom Holdings Bhd, lapor media tempatan.

Mukhriz dipetik Berita Harian berkata beliau sudah meletakkan jawatan dalam Opcom semenjak tahun 2009 lagi dan tidak mempunyai kaitan dalam pengurusan syarikat berkenaan, namun masih mengekalkan pegangan saham yang dicagarkan kepada bank.

"Saya meletak jawatan (dalam Opcom) sebelum menjadi Timbalan Menteri lagi pada 2009 dan perkara itu semua ada dalam pengisytiharan aset dan liabiliti kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"Jadi apa jua keputusan dibuat Opcom, saya tidak langsung terbabit mahu pun ambil tahu," jelas Mukhriz mengulas dakwaan syarikat berkenaan mempunyai kaitan dengan dirinya, petik laporan akhbar harian itu di Wisma Darul Aman, semalam.

Laporan itu juga memetik Mukhriz berkata, pihaknya juga tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan pihak TM yang menganugerahkan projek terbabit.

Pada 31 Julai 2018 lalu, Opcom melaporkan kepada Bursa Malaysia bahawa ia telah menerima surat penganugerahan kontrak 'Rakan Unifi' bernilai RM11.16 juta pada 14 Mei, empat hari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri.


Baca: Gobind mahu TM serahkan laporan kontrak syarikat Mokhzani


Semalam, TM berkata Opcom adalah antara 19 kontraktor yang dianugerahkan kontrak selama 17 bulan, bermula pada 2 Julai.

Kontrak pemasangan dan pemulihan jalur lebar Telekom Malaysia (TM) yang dianugerahkan kepada firma milik Datuk Seri Mokhzani Mahathir, Opcom Holdings Bhd dilakukan melalui tender terbuka dan telah diputuskan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

TM berkata tender terbuka untuk kontrak Rakan Unifi itu bermula pada bulan Januari, dengan proses penilaian tamat pada bulan April.

"Lembaga pengarah TM meluluskan penganugerahan kontrak dalam mesyuarat yang diadakan pada 24 April," kata syarikat itu kepada Malaysiakini.


Tiada ulasan: