HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Januari 2008

Dua rakyat Malaysia cedera letupan bom di Golok.
Oleh Ismail Mat dan Wan Faizal Ismayatim.



RANTAU PANJANG: Sekurang-kurangnya dua rakyat Malaysia termasuk seorang wanita ialah antara 58 yang cedera dalam lima siri letupan serangan bom di beberapa pusat hiburan dan hotel di pekan Sungai Golok, Selatan Thailand, awal pagi semalam.

Dalam siri serangan kira-kira jam 4 pagi itu, dua rakyat Malaysia yang hanya dikenali sebagai Norlaila, 20-an serta Mohd Yusof, 40-an, cedera ringan dan dibenarkan pulang selepas diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sungai Golok.

Kedua-dua mereka, yang dipercayai memasuki Thailand menerusi pangkalan haram sejak kelmarin, juga dikatakan bergegas pulang ke rumah masing-masing selepas mendapat rawatan dan mengelak daripada ditemui wakil media.

Jurucakap polis Sungai Golok berkata, siri serangan itu bermula apabila sebutir bom yang diletupkan dalam sebuah pusat hiburan menyebabkan pengunjungnya kelam kabut keluar menyelamatkan diri.

Bom dilengkapi jangka masa itu dipercayai dipasang pada motosikal yang diletak di luar Hotel Marina dan Hotel Riviera dekat Jalan Charoenkhet, kira-kira 100 meter dari balai polis pekan itu, sebelum diletupkan serentak.

“Letupan dalam pusat hiburan di hotel itu menyebabkan suasana panik di kalangan pengunjungnya yang kemudian bertempiaran untuk menyelamatkan diri dengan berlari keluar mendapatkan kenderaan masing-masing.

Tiada ulasan: