HALAMAN SANTAI

Ahad, 20 Januari 2008

Bila nama PM Malaysia tidak disebut.
Oleh Fudzail.


BERITA dibawah dari agensi berita WAM mengenai Forum Perikatan Ketamadunan (AOC) yang mana PM Malaysia, sebagai Pengerusi OIC turut serta berucap sebagai ahli panel. Kalau diukur dari segi kedudukan beliau sebagai pengerusi OIC dan Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Muslim, sepatutnya nama Paklah termasuk dalam senarai mereka yang berucap, seperti Erdogan, PM Turki. Tetapi PM Malaysia tidak disebut. Begitulah taraf sebenar Paklah di Timur Tengah. Paklah tidak punya populariti seperti Mahathir. Kedudukan sebagai pengerusi OIC juga sekadar pada nama.

Beberapa orang tokoh korporat tempatan yang saya kenali tidak segan silu mengutuk Paklah. Ada juga yang bertanya, "Bila Anwar akan jadi PM?"

Seorang lagi yang memegang jawatan sebagai ketua pelaburan sebuah syarikat gergasi kerajaan Dubai berkata, "Selagi Abdullah menjadi PM Malaysia, kami tidak akan melabur, cukuplah!"

Akhbar tempatan di sini menyiarkan mengenai rombakan kabinet UAE bulan depan. Bersama arahan Sheikh Mo, sebagai PM untuk membina 40,000 buah vila, sebagai 'hadiah' kepada marhaen seluruh UAE yang memerlukan rumah.

Pengumuman ini dibuat selepas Sheikh Mo melawat kawasan timur dan tengah UAE selepas hujan lebat yang berlanjutan selama 4 hari berturut-turut.

Projek bernilai AED15 bilion itu dimulakan segera dan dijangka siap dalam masa 3 tahun.

Sheikh Mo berkata:

“I did this tour today to acquaint myself with people’s conditions and needs, and I believe the more visits we undertake, the more we learn. We know there are some nationals in need, but they cannot reach us, and this is why we reach them to find out their needs,” he added.

Tidak seperti Paklah yang begitu kerap ke luar negara dengan menghabiskan puluhan juta, Sheikh Mo lebih banyak melawat kawasan luar bandar dan pedalaman.

Begitupun dengan pilihanraya yang dijangka pada bulan Mac, tentunya Paklah akan melawat serata Malaysia untuk berkempen, dengan menggunakan semua jentera dan dana kerajaan!

Tiada ulasan: