Isteri Ahli Parlimen koma selepas bedah.
Oleh Ahmad Fitri Che Musa.
AMPANG: Isteri Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, koma sejak seminggu lalu selepas menjalani rawatan dan pembedahan kecantikan wajah di sebuah klinik swasta di Klang.
Keadaan Datin Fatimah Wan Chik, 44, bagaimanapun dilaporkan tidak kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Gleneagles Intan, di sini.
Ketika ditemui di hospital itu malam tadi, Suhaili berkata beliau turut menemani isterinya ketika menjalani terapi kosmetik di klinik itu apabila doktor memberitahu isterinya tidak sedarkan diri, menyebabkan Fatimah dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menyangka keadaan itu berpunca daripada serangan jantung.
Bagaimanapun, katanya, selepas pakar di IJN mengesahkan jantung Fatimah tidak mengalami sebarang masalah, beliau membuat keputusan menghantar isterinya ke Pusat Perubatan Gleneagles Intan berikutan hospital itu mempunyai pelbagai kepakaran.
“Sebenarnya, ini pertama kali isteri saya membuat rawatan wajah di klinik terbabit. Komplikasi mungkin berlaku disebabkan dia memang menghidap penyakit kencing manis,” katanya yang meminta kejadian itu tidak diperbesarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan