HALAMAN SANTAI

Isnin, 4 Jun 2018

JAMAL BIMBANG INDIVIDU BALAS DENDAM




Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos sekali lagi mendakwa terdapat cubaan oleh pihak tertentu untuk membalas dendam ke atas beliau dengan menggunakan kes polis berkaitan dirinya.

Menurutnya, beliau sudi bekerjasama dengan pihak berkuasa tentang perkara membabitkan kes yang disiasat sahaja dan bukan daripada laporan pihak-pihak lain.

“Saya tahu waran tangkap telah dikeluarkan ke atas diri saya, bagi saya perkara ini adalah salah faham dan saya merasa bimbang akan apa yang berlaku.

“Saya akan memberikan kerjasama dangan pihak berkuasa tetapi jika saya ada kes, tolong selesaikan untuk kes itu.

“Saya tidak mahu lagi hanya kerana report oleh seseorang membuatkan saya direman,” ujar beliau melalui satu rakaman suara kepada Watan-Online yang diterima pada Sabtu.

Beliau yang mengaku masih berada di dalam negara turut merayu pihak yang didakwa mengatur perjalanan kes supaya beliau ditahan itu untuk tidak melakukan sebarang penganiayaan bermotifkan dendam kepada dirinya.

“Saya tak sanggup melalui apa yang cuba diatur pihak-pihak tertentu untuk membalas dendam dengan saya.

“Jadi suburkanlah politik di negara ini. Dahulu kami UMNO dan sekarang pembangkang.
“Janganlah gunakan kuasa kerajaan untuk menganiaya kami,” rayu beliau.


Tiada ulasan: