HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Ogos 2018

Kula Segaran enggan layan desakan letak jawatan

Mohammad Arif Nizam

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran bercakap kepada media ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 OGOS 2018
Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran bercakap kepada media ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL


KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran enggan tunduk kepada desakan beberapa pihak tertentu yang menggesa beliau meletak jawatan dalam Kabinet.

Ahli Parlimen Ipoh Barat yang juga Naib Presiden DAP berkata, desakan seperti itu adalah lumrah dalam politik.

“Itu pandangan mereka. Lagipun dalam politik (desakan) itu normal.
 
“Tiada komen,” katanya ringkas pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan Kula Segaran sudah kehilangan kredibiliti kerana tidak pandai ‘membawa diri’ sejak menjadi anggota Kabinet.

Menerusi Twitternya, beliau berkata, implikasi amat besar apabila seseorang menteri atau penjawat awam digesa meletak jawatan ekoran kenyataan berhubung orang Melayu adalah pendatang, manakala orang India adalah penduduk asal Tanah Melayu.

“Bila seseorang menteri atau penjawat awam digesa letak jawatan lantaran mulut celupar mengenai satu-satu isu yang berimpak negatif nasional, implikasinya amat besar,” katanya.

Semalam, Kula Segaran menyerahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan susulan laporan polis dibuat terhadapnya oleh Pergerakan Pemuda UMNO. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: