Allahyarham mengalami masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis
PETALING JAYA: Bekas pengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 yang popular era 90an, Aziz Desa meninggal dunia pada Ahad akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.
Perkara itu disahkan oleh adiknya, Azri Desa yang memaklumkan abangnya yang berusia 50 tahun itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.50 pagi tadi.
“Assalamualaikum kepada semua sahabat2, kawan2 dan teman2 fb yg mengenali…dimaklumkan kekanda saya Aziz Desa telah kembali kerahmatullah,” tulisnya menerusi status di Facebook.
Allahyarham merupakan bekas wartawan akhbar Berita Harian dan pengacara TV3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan