Madiha Abdullah, Astro Awani
KUALA LUMPUR: Menjelang akhir tahun 2015, pelbagai isu yang melanda negara tahun ini telah memberi impak kepada kebanyakan rakyat Malaysia.
Bermula dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April, diikuti dengan kenaikan kadar tol di beberapa buah lebuh raya dan kenaikan tambang pengangkutan awam, ramai yang mengeluh kerana tekanan untuk berbelanja lebih besar mula dirasai.
Walaupun GST dikatakan tidak akan memberi kesan kenaikan harga, namun apa yang dialami pengguna adalah berbeza.
Ada yang terpaksa berbelanja lebih dan ada juga yang terpaksa mengatur semula perbelanjaan kehidupan seharian mereka berikutan beberapa perubahan harga barang.
BACA: #10HariGST : Warga kota mengeluh harga barang meningkat
Kenaikan kadar tol baru-baru ini pula memaksa ramai memotong peruntukan simpanan bulanan, selain tidak dapat menikmati hasil titik peluh sendiri secara total.
BACA: Membebankan! Itu keluhan warga kota hari pertama pelaksanaan kadar tol baharu
BACA: 'Kadar tol meningkat, terpaksa potong bajet simpanan bulanan'
Dan ketika masyarakat masih mempersoalkan kenaikan tol, tambang pengangkutan awam pula dinaikkan dengan kadar yang disifatkan ramai sebagai tidak munasabah.
Malah ia turut mendapat teguran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang nyata kesal dengan langkah tersebut.
BACA: Segala tambang naik, nak suruh rakyat jalan kaki? - Khairy
Hakikatnya, semua yang berlaku mengundang rasa kecewa rakyat yang merasa begitu terbeban dengan sara hidup di negara ini yang jelas semakin meningkat.
Ramai yang memilih untuk melakukan dua pekerjaan, demi meneruskan kelangsungan hidup, khususnya mereka yang menetap dan bekerja di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Ada yang memilih membuka perniagaan atas talian secara kecil-kecilan, selain kerja-kerja pada hujung minggu seperti mengajar kelas tuisyen atau pembantu kedai.
Ia pada dasarnya, gambaran betapa rakyat sangat tertekan untuk mencari
pendapatan lebih, bukan untuk berseronok, tetapi lebih kepada untuk
memenuhi keperluan.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda juga terpaksa melakukan #2kerja, atau mengenali sesiapa yang terpaksa melakukan #2kerja demi menanggung keluarga? Hubungi kami kerana kami mahu tahu cerita anda.
Sertai juga undian kami di bawah:

Tiada ulasan:
Catat Ulasan