shahdudindotcom
Presiden
Tunisia, Zine El Abidin Ali tersungkur oleh revolusi rakyat.
Bersamanya ialah wanita pertama Tunisia, Laila Trabelsi yang melarikan
diri ke luar negeri.
Gaya hidup dia yang
gila-gila mewahnya, sedangkan rakyat umumnya dalam kancah kemiskinan
adalah antara faktor tumbangnya Presiden tersebut.
Emelda
Marcos atau nama sebenarnya Imelda Remedios Visitacion Trinidad
Romualdez menjadi wanita pertama Filipina mulai 30 Disember 1965
sehingga 25 Februari 1986.
Isteri kepada
Presiden Ferdinand Marcos itu terkenal sebagai seorang yang suka
mencampuri urusan negara sewaktu suaminya menjadi Presiden. Bayangkan
sewaktu menjadi isteri Presiden, dia juga adalah seorang ahli Parlimen
bagi kawasan IV-A Filipina (12 Jun 1978 hingga 25 Februari 1986),
Ambassador Plenipotentiary and Extraordinary (1978–1986) dan Menteri
Pembinaan Insan (1978-1986).
Sebagai wanita
pertama dia sudah memiliki segalanya, termasuk seorang Presiden di dalam
genggamannya. Apa lagi yang diperlukannya dengan memegang pelbagai
jawatan dalam kerajaan?
Dia sangat mewah
berbelanja menggunakan wang kerajaan. Misalnya membeli belah di New
York, Rome dan Copenhagen pada 1983 dengan RM5 juta dollar. Membeli
hartanah di Manhattan, antaranya Crown Building 51 juta dollar dan
Herald Centre bernilai 60 juta dollar. Nafsunya untuk membeli koleksi
barangan mewah tidak dapat ditahan, dia akan berbelanja besar setiap
kali ke luar negeri.
Setiap kritikan rakyat
terhadap tingkah lakunya dijawab dengan selamba bahawa, itu adalah
tugasnya untuk memberi cabaran positif atau memotivasi golongan miskin.
Iyalah,
mungkin golongan miskin akan lebih teruja berusaha menjadi kaya dengan
melihat kemewahannya. Selepas kejatuhannya, dia menjadi bualan dengan
pendedahan koleksi kasut mewahnya sebanyak 2,700 pasang tersimpan rapi
di istana tinggalannya.
Seorang
lagi wanita pertama yang suka menyibuk mencampuri urusan kerajaan
pimpinan suaminya ialah Elena Ceausescu, isteri diktator Rumania Nikolai
Ceausescu.
Sewaktu suaminya sedang menakah
karier politik, dia juga tidak ketinggalan membina karier politiknya
sendiri. Bermula 1972, dia memegang pelbagai jawatan penting dalam Parti
Komunis Romania.
Pada Jun 1973 dia muncul
sebagai orang kedua terpenting dalam heiraki parti selepas suaminya,
menjadi penasihat utama partinya dalam isu isu antarabangsa.
Pada
tahun 1980, dia menjadi Timbalan Perdana Menteri Pertama, sewaktu
saminya menjadi Presiden Romania. Gandingan Nikolai dan Elena menjadi
sangat berkuasa, melakukan pelbagai penindasan terhadap rakyat.
Senarionya
sama dalam pemerintahan mana mana diktator, di mana presiden dan kroni
adalah kaya raya sewaktu rakyat dihimpit kemiskinan.
Revolusi
rakyat Romania 1989 berjaya menjatuhkan rejim Nikolai. Elena dan
suaminya ditangkap di Targoviste, dibicarakan lalu dijatuhi hukuman
mati. Dia dan suaminya sehidup semati, terbukur kaku bersebelahan di
sisi bangunan selepas ditembak.
Dia semasa
hayatnya mungkin tidak seghairah Emelda dalam membelanjakan harta rakyat
untuk barangan mewah, tetapi dia sibuk mencampuri urusan pentadbiran
suaminya.
Farah Diva Pahlavi adalah permaisuri
kepada raja Iran, Shah Mohd Reza Pahlavi. Seperti juga wanita utama bagi
mana mana diktator, dia muncul sebagai watak pemboros menghabiskan duit
negara.
Majlis penabalannya sebagai
Permaisuri era Iran moden tahun 1967 menelan belanja 10 juta dollar,
angka yang cukup besar pada masa itu.
Dia
seorang yang sangat meminati seni budaya, menghabiskan duit yang banyak
untuk menganjurkan pelbagai program kegemarannya itu. Dia mempunyai
pekerja yang ramai untuk menjayakan apa apa program yang selaras dengan
kehendaknya.
Kehidupan diraja mereka sangat
mewah, sedangkan rakyat bawahan tidak terbela. Mana mana rakyat yang
bangkit menentang kerajaan akan menerima padah seksaan dari perisik
Savak.
Akhirnya Revolusi Iran berjaya mengusir
Shah, Farah serta seluruh keluarga diraja mereka. Mereka pernah hidup
mewah di istana tetapi menjadi pelarian di beberapa buah negara.
Laila,
Emelda, Elena, & Farah Diva adalah antara nama nama besar di sisi
suami mereka yang dianggap diktator. Sifat utama mereka ialah boros dan
sibuk mencampuri urusan suami selaku ketua kerajaan.
Artikel ini adalah petikan daripada laman Facebook Suara Tun Suara Rakyat dan
tidak ada kena mengena dengan sesiapa di negara kita yang tercinta dan
aman permai ini sama ada yang pernah berkuasa, sedang berkuasa, bakal
habis kuasa atau mereka yang sedang mengejar kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan