THE RAKYAT POST
Berdasarkan maklum balas
dalam laman sosial, ramai musykil mengapa kedai menjual telefon dan
aksesori mempunyai bilik tahanan sebagaimana berlaku di Kompleks
Kotaraya, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Foto TRP
KUALA LUMPUR, Berdasarkan maklum balas dalam laman
sosial, ramai musykil mengapa kedai menjual telefon dan aksesori
mempunyai bilik tahanan sebagaimana berlaku di Kompleks Kotaraya, Kuala
Lumpur, baru-baru ini.
Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan
Malaysia berkata pekedainya bertindak mengurung pembeli sebagai strategi
menekan agar mudah dimanipulasi serta ditipu.
Malah katanya, menurut maklumat, aduan
pertama telah dibuat pada Jun lepas tetapi tiada tindakan hinggalah
tercetus kekecohan ekoran tindak balas para pengguna.
“Alangkah baiknya jika pihak berkuasa dan
polis dapat memberi tumpuan segera dalam menyiasat dan membongkar
kegiatan pekedai tersebut.
“Lebih mengejutkan Awang apabila aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi yang mahu membantu
mangsa penipuan dengan menuntut bayaran daripada pekedai, ditahan oleh
polis,” katanya.
Jelas Awang, Yusuf tidak terlibat dalam kejadian sekumpulan lelaki menyerbu dan mengasari petugas di kedai berkenaan.
Beliau juga turut mempersoalkan cara pihak berkuasa melayan aktivis yang membela rakyat dan pengguna.
“Awang berharap polis tidak memberi mesej yang salah dan bercelaru kepada umum.
“Di banyak negara termasuk Indonesia,
sesiapa yang membantu memerangi kemungkaran dan penipuan oleh peniaga,
akan dihargai sepenuhnya laksana seorang wira sementara peniaga yang
menipu dengan cepat didakwa.
“Tetapi di Malaysia, keadaan berbeza dalam kes di Kotaraya. Oh dunia,” katanya.
Semalam, Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis
memberi penjelasan mengapakah dua orang aktivisnya ditahan dan
ditempatkan di lokap tahanan sedangkan mereka membantu pengguna yang
ditipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan
berkata apa yang berlaku tersebut amat dikesali kerana PPIM bukanlah
musuh kepada pihak polis sebaliknya membuat kerja membantu orang ramai
yang ditipu sejak berpuluh-puluh tahun.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/27/kes-kotaraya-beginikah-cara-aktivis-bantu-mangsa-tipu-dilayan/#ixzz3vWM2OB2N
Tiada ulasan:
Catat Ulasan