HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Disember 2015

Demo desak tukar nama plaza tol

 
Penduduk dan NGO desak Plaza Tol Tanjung Malim ditukar kepada Plaza Tol Hulu Bernam


Demo-desak-tukar-nama-plaza-tol


PETALING JAYA: Penduduk dan beberapa ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggarkan seramai 50 orang mengadakan demonstrasi aman di Plaza Tol Tanjung Malim pada Ahad, bagi menuntut penukaran nama plaza tol.

Mereka mendesak Plaza Tol Tanjung Malim ditukarkan nama kepada Plaza Tol Hulu Bernam memandangkan kawasan itu masih berada dalam negeri Selangor.

Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, B Raj Kumar berkata, nama Plaza Tol Hulu Bernam mampu menarik pelabur luar datang ke kawasan sempadan Perak-Selangor itu.

“Kita buat tuntutan kerana ingin mengekalkan imej Selangor selain menjadikan kawasan sempadan ini lokasi strategik bagi pelabur luar.

“Permohonan sudah dibuat pada November lalu kepada PLUS dan pejabat Menteri Besar Selangor malah maklum balas positif diterima.

“Bagaimanapun, PLUS memaklumkan kelulusan dan persetujuan tertakluk di bawah kerajaan pusat melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Tiada ulasan: