HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Disember 2015

#2Kerja: 'Lakukan dua kerja bukan sesuatu yang luar biasa' - Ahmad Maslan

Shahrul Hassan, Astro Awan
#2Kerja: 'Lakukan dua kerja bukan sesuatu yang luar biasa' - Ahmad Maslan
AHMAD MASLAN: Selain memilih untuk makan gaji daripada hasil dua pekerjaan berlainan, seseorang individu juga disyorkan untuk memulakan perniagaan secara kecilan menerusi perniagaan atas talian. - Gambar fail
 
 
JOHOR BAHRU: Realiti kehidupan masa kini memaksa individu berpendapatan rendah melakukan dua pekerjaan bagi menjana kewangan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan sebegitu digalakkan oleh kerajaan sebagai salah satu usaha untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup.

Menurut Ahmad, ia bukan sesuatu yang luar biasa, kebanyakkan rakyat di negara-negara utama juga melakukan dua pekerjaan.

Selain memilih untuk makan gaji daripada hasil dua pekerjaan berlainan, seseorang individu juga disyorkan untuk memulakan perniagaan secara kecilan menerusi perniagaan atas talian.

"Saya rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga. Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup. Online business boleh buat weekend juga.

"Kerajaan telah melancarkan dua perkara; e-usahawan dan e-rezeki... boleh lihat portal... ia (dua pekerjaan) selaras dengan apa yang dibuat oleh peringkat kerajaan," kata beliau ketika ditemui di Majlis Sesi RamahBersama Usahawan Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau turut memberitahu, penjawat awam bebas untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian, untuk menambah pendapatan.
Namun, tumpuan sepenuhnya serta komitmen pada tugas hakiki perlulah diutamakan, supaya ia tidak menjejaskan prestasi kecemerlangan. 
 
 

Tiada ulasan: