IKHWAN HAZWAN
Isu bahagian bumbung
rumah yang kelihatan seperti simbol salib di Langkawi yang menjadi viral
di media sosial baru-baru ini adalah cubaan pihak tidak
bertanggungjawab untuk mewujudkan ketegangan agama di negara ini.
KUALA LUMPUR, Isu bahagian bumbung rumah yang kelihatan
seperti simbol salib di Langkawi yang menjadi viral di media sosial
baru-baru ini adalah cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk
mewujudkan ketegangan agama di negara ini.
Ahli Parlimen DAP-Segambut, Lim Lip Eng
berkata pihak yang menyebarkan gambar tersebut mempunyai masalah
penglihatan sehinggakan tidak dapat membezakan simbol salib dan struktur
binaan.
Jelasnya, struktur berkenaan kelihatan seperti simbol salib hanya disebabkan sudut penglihatan semata-mata.
“Mereka yang cuba besarkan isu ini dilihat mempunyai agenda tersendiri sehinggakan sanggup memperbesarkan perkara sedemikian.
“Saya juga ada baca di Facebook yang
mengatakan bahawa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
juga ada seolah-olah simbol salib.
“Jadi
takkanlah disebabkan dakwaan seperti itu kita kena robohkan KLIA
disebabkan ada pihak mendakwa wujud simbol salib. Ini memang nak cari
pasal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Kedah mahu
pemaju sebuah syarikat perumahan di Langkawi memperbetulkan semula
struktur binaan pada bahagian bumbung rumah yang kelihatan seperti
simbol salib supaya ia tidak menjadi isu yang berlarutan.
Exco Pendidikan, Pengangkutan dan
Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memandang serius perkara itu dan
berharap pihak berkenaan dapat memberi kerjasama sewajarnya.
“Saya minta pemaju syarikat perumahan
berkenaan lihat semula masalah ini supaya tidak nampak lagi bentuk
seolah-olah salib pada bahagian bumbung rumah.
“Saya tidak mahu ia dipanjangkan kerana
ia isu sensitif melibatkan keagamaan. Pemaju perumahan harus pastikan ia
dapat diperbetulkan semula,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan