HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Disember 2015

Ada kelab ke di pintu gerbang Kota Darul Ehsan?

Oleh Zaini Hardy

Jumlah RM9.7 juta bagi menaik taraf pintu gerbang adalah tidak masuk akal dan sememangnya meragukan.
 
 
kota-darul-eshan_600

 
Beberapa hari lalu kita digemparkan dengan berita mengenai projek menaik taraf struktur pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang dikatakan menelan belanja mencecah RM9.7 juta.

Pintu gerbang yang merupakan sempadan pintu masuk ke negeri Selangor dari pusat bandar Kuala Lumpur seperti itu kebiasaannya boleh dilihat di tempat-tempat tertentu seperti di pintu masuk ke kampung-kampung sebagai hiasan untuk mengindahkan pemandangan.

Bagaimanapun, langkah menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan itu telah menimbulkan pertikaian dalam kalangan banyak pihak terutamanya warga kota apabila perbelanjaannya hampir mencecah nilai RM10 juta, satu jumlah yang tidak masuk akal.

Bagi sesiapa sahaja yang berfikiran waras, akan timbul keraguan di dalam hati mereka sekaligus merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengannya.

Meskipun penjelasan mengenai perkara itu telah diberi oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali apabila mengatakan bahawa projek itu telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor tetapi ramai yang tidak boleh menerima jawapan itu.

Penulis ingin katakan bahawa ramai yang tidak bersetuju dengan langkah itu dan berpendapat ia suatu pembaziran terhadap duit rakyat.

Penegasan Azmin itu disokong pula oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha menerusi satu kenyataan media yang mengatakan bahawa kos menaik taraf pintu gerbang itu akan dibiayai oleh penderma manakala, kerajaan Selangor hanya sekadar mendahulukan pembayaran untuk memulakan projek sahaja.

Tidakkah pelik jika penderma mahu mendermakan wangnya hanya semata-mata mahu mendapatkan ruang agar namanya disematkan di sebuah pintu gerbang?

Atau adakah nama penderma yang akan diukir di mana-mana sudut di tembok pintu gerbang itu nanti akan dihiasi dengan emas atau intan permata?

Mungkin juga ada sinaran lampu neon yang indah-indah dipasangkan bagi menyuluh nama penderma yang baik hati itu.

Adalah lebih baik jika penderma itu menginfaqkan wangnya untuk membina sebuah rumah ibadat ataupun mendermakannya ke rumah-rumah kebajikan yang sememangnya boleh dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan.

Ada parkir ke?

Jika sekadar sebuah pintu gerbang, siapa pula yang akan singgah untuk melihat nama yang dipampangkan pada tembok ditengah-tengah laluan utama Lembah Klang itu.

Itu satu lagi persoalan yang difikirkan oleh penulis bila mengetahui hebahan mengenai langkah menaik taraf pintu gerbang itu mula dihebohkan.

Setahu penulis, berhenti di tepi jalan di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan boleh kena saman dengan polis trafik.

Inikan pula mahu berhenti singgah untuk bersantai atau mahu menjenguk-jenguk melihat keindahan pintu gerbang yang dibina.

Sekiranya itu berlaku, ia sudah pasti akan menambahkan lagi kemarahan kepada pengguna lebuh raya berkenaan kerana pada masa sekarang bila tiba sahaja waktu puncak keadaan lebuh raya itu dipenuhi kenderaan sudah semacam badan sebuah kereta api yang kedudukannya rapat-rapat.

Apapun alasan diberikan, langkah menaik taraf pintu gerbang yang mencecah jutaan ringgit, menimbulkan prasangka kerana jumlah itu terlalu tinggi dan sepatutnya boleh disalurkan untuk kerja-kerja kebajikan.

Jika benarlah angka perbelanjaan mencecah jumlah yang sebanyak itu, apa sebenarnya yang hendak disediakan di situ.

Ada kafe ke? Ada kelab ke? Atau sekurang-kurangnya tempat latihan para peminat golf yang dilebih dikenali sebagai driving range.

Tapi, bagaimana pula kalau sekiranya perbelanjaan itu diambil daripada duit rakyat? Adakah mereka boleh bersetuju dengannya?

Perkara ini pastinya akan menjadi satu topik perbincangan yang tidak akan putus khususnya di pejabat-pejabat serta masyarakat bandar dan pihak-pihak yang berkenaan harus menjelaskannya tanpa perlu berselindung.

1 ulasan:

Unknown berkata...

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI REHAN,,di no ((( 0853 7778 4848 )))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....




Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..


Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI REHAN akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI REHAN: ((( 0853 7778 4848 )))
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/


angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/


angka GHOIB; malaysia


angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/


angka GHOIB; laos