Contoh Slip Gaji Kakitangan Awam, Potongan PTPTN RM3,500 Sebulan?
Kecoh? Terkejut? Itu keadaan yang
menghantui kalangan peminjam dan bekas pelanggan setia pinjaman PTPTN.
Masing-masing terkejut, panik, marah apabila diri sendiri terkena
potongan terus daripada pembayaran gaji mereka mellaui semakan slip gaji
yang diterima mereka baru-baru ini.
Bagi Berita Semasa, tidak boleh salahkan
PTPTN juga, konsep hutang. Sudah buat pinjaman, janganlah buat-buat
tidak perasan yang kita pernah buat hutang melalui pinjaman PTPTN.
Tetapi jikalau potong semaksimum
mungkin, Berita Semasa pun tidak bersetuju. PTPTN juga mestilah ada
pertimbangan untuk survival anak-anak muda kita hidup pada bulan
tersebut. Berpada dan berhati perutlah.
Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa
terima, kalangan yang menerima tindakan potongan secara maksimum ini
adalah dek kerana, apabila sudah keluar surat, tetapi tidak bayar saman.
Apabila pemotongan dibuat ke atas gaji penjawat awam yang terlibat,
habis semua yang tertangguh dari sebelum-sebelum ini dituntut semula
oleh PTPTN seperti apa yang tertera di slip gaji maisng-masing selagi
tiada perundingan terus anda dengan pegawai berkaitan selepas itu.
Cara Kurang Potongan Gaji Kakitangan Awam Pada Slip Gaji?
Ini cara PTPTN untuk suruh penghutang datang jumpa dan susun semula potongan tetap setiap bulan ke atas slip gaji
anda selepas ini. PTPTN masih memberikan ruang dan peluang mendengar
penjelasan daripada anda dengan datang terus ke pejabat PTPTN yang
berhampiran dengan anda.
Kepada yang buat pinjaman PTPTN, jangan
sampai tidak bayar langsung. Jikalau gaji sudah beribu-ribu begitu pun
masih liat untuk bayar waima RM50 sekalipun sebulan (janji ada rekod
pembayaran), itu pentingkan diri sendiri namanya.
Hutang tetap kena bayar. Kelak nanti
generasi akan datang yang mahu sambung belajar susah pula jikalau tiada
pinjaman akibat sikap peminjam terdahulu tidak balik langsung pinjaman
pendidikan.
1 ulasan:
Catat Ulasan