shahbudindotcom
Cuba
kita amati dengan teliti kenyataan sepupu Najib Razak, Hishammuddin
Hussein mengenai kerjasama UMNO dan Pas yang sedang hangat diperkatakan
sekarang ini.
1
- Pas digesa berfikir lebih daripada pertimbangan politik dalam
mewujudkan kerjasama dengan UMNO sekiranya mahu memartabatkan Islam.
2
- Menolak dakwaan parti Melayu itu (UMNO) terlalu inginkan kerjasama,
sebaliknya berkata usaha tersebut adalah untuk kebaikan umat Islam
negara ini.
3 - Hal berkaitan ummah tidak kira siapa yang mulakan perjumpaan tetapi siapa yang betul ikhlas dan tidak ada pertimbangan lain.
Agak
menghairankan apabila Hishammuddin mahu Pas berfikir hanya tentang
Islam dan bukan semata-mata pertimbangan politik mengenai kerjasama itu,
tetapi sedarkah beliau Najib Razak memulakan langkah ke arah itu adalah
semata-mata kerana pertimbangan politik, bukannya ada kena mengena
dengan Islam pun?
Jika tiada tekanan dan gelora yang sedang dihadapinya dalam UMNO, apakah mungkin Najib mahu membuka ruang kerjasama dengan Pas?
Bolehkah
sesuatu yang dimulakan dengan niat politik tetapi berselindung di
sebalik Islam, tetapi kemudian mahukan Pas mengenepikan faktor politik
dan hanya memikir tentang Islam saja?
Tahukah
Hishammuddin bahawa Pas juga adalah parti politik dan tindakan parti
itu menyambut salam kerjasama yang dihulurkan Najib juga adalah kerana
faktor politik, lantaran masalah yang dihadapi parti itu bersama
lain-lain parti pembangkang dalam Pakatan Harapan serta kerana
perpecahan sehingga wujudnya Amanah?
Ketika
Pas tidak berpecah dan hubungannya dengan parti-parti lain tidak
bermasalah, cuba selak kembali helaian sejarah lama, apakah jawapan
parti itu bila diajak untuk bekerjasama?
Jika kedua-duanya, UMNO dan Pas tidak menghadapi masalah masing-masing, mungkinkah wujud keinginan untuk bekerjasama itu?
Semua
orang sedar, termasuk makcik Felda, pakcik kedai kopi dan lebai surau
sekali pun, bahawa kerjasama yang ingin dijalinkan itu tidak lain
hanyalah semata-mata kerana faktor politik.
Islam
hanyalah semata-mata modal untuk diperdagangkan bagi menghalalkan
kerjasama yang mahu dibina. Yang memulakan langkah menggunakan nama
Islam, yang menyambut langkah juga menggunakan Islam.
Kalau
benar kerana Islam dan bukan politik, kenapa baru sekarang ingin
bekerjasama? Dulu kenapa UMNO menolak Pas manakala Pas pula lebih
sanggup mendakap DAP berbanding UMNO?
Oleh
kerana masing-masing ada niat politik dalam kerjasama itu, janganlah
Hishammuddin, mentang-mentang sepupu dengan Najib, cuba berlagak suci
dengan meminta Pas mengenepikan faktor politik dan hanya berfikir
tentang Islam.
Hakikatnya,
kedua-duanya berfikir tentang politik. Niat, tujuan, matlamat dan
segala-galanya, baik kepada UMNO mahupun Pas, hanya kerana politik dalam
kerjasama yang sedang mahu diwujudkan itu.
Terimalah
hakikat bahawa UMNO dan PAS sama-sama sedang bermain politik sekarang
ini. Kenyataan Hishammuddin yang meminta Pas tidak memikir soal politik
dan seolah-olah UMNO saja boleh berpolitik turut menunjukkan tanda-tanda
ada niat lain di sebaliknya.
Dalam
Hishammuddin cuba menafikan dakwaan bahawa UMNO yang terlalu inginkan
kerjasama itu sambil mengatakan ia adalah untuk kebaikan Islam, siapa
sebenarnya yang beliau hendak "temberang" dan kaburi dalam hal ini?
Sama
ada Islam mendapat kebaikan atau tidak, ia masih subjektif sifatnya
tetapi yang pasti objektifnya ialah untuk kebaikan Najib demi
mengekalkan kedudukannya.
Setelah
dapat mengekalkan kuasanya nanti, belum tentu juga Islam akan lebih
dimartabatkan di negara ini atau perlaksanaan hukum-hukum Islam menjadi
bertambah baik daripada sekarang, namun keuntungan dari segi kedudukan
peribadi Najib dan lain-lain pemimpin UMNO termasuk Hishammuddin, sudah
pasti terjamin.
Naib
Presiden UMNO itu juga mengatakan hal berkaitan ummah tidak kira siapa
yang lebih dulu memulakan, tetapi siapa yang ikhlas dan tiada
pertimbagan lain mengenainya.
Kahkahkah....sekali
lagi, benarkah Najib dan UMNO yang memulakan langkah ke arah kerjasama
dengan Pas itu kerana betul-betul ikhlas dan tidak ada pertimbangan lain
dalam hati?
Walaupun
sepupu, dalam keinginan mahu mempertahankan Najib, Hishammuddin tidak
seharusnya lupa bahawa Tuhan mengetahui gerak hati dan niat semua
umatnya, bahkan manusia juga boleh membuat tafsiran berdasarkan
perlakuan, percakapan dan masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh
seseorang itu.
Jangan
terlalu bermain dengan kata-kata untuk melindungi sesuatu yang
sebenarnya tidak sukar dibaca niat, tujuan dan matlamatnya. Budak-budak
muda yang pertama kali mengundi akan melihat sikap begitu tidak lebih
sebagai "poyo", tambahan pula Hishammuddin berlatarbelakangkan
pendidikan guaman yang tentunya lebih arif dari segi niat, pembuktian,
hujah percakapan dan sebagainya.

1 ulasan:
kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI REHAN,,di no ((( 0853 7778 4848 )))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI REHAN akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI REHAN: ((( 0853 7778 4848 )))
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
Catat Ulasan