HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Disember 2015

Empat penumpang maut, bas bergesel dengan lori

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JELI: Empat maut manakala 26 lagi cedera apabila bas ekspress yang membawa 30 penumpang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan papan dalam kejadian di Batu 14, Jalan Jeli-Gerik awal pagi Jumaat.
 
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 pagi itu turut mengakibatkan pengguna jalan raya yang lain terkandas selama lapan jam apabila pasukan penyelamat melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kedua-dua kenderaan.
 
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar berkata, kejadian berpunca apabila pemandu bas hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bergesel dengan lori.
 
Katanya, bas terbabit dalam perjalan dari Taiping ke Kuala Terengganu, manakala lori yang membawa muatan papan itu dari arah Jeli.
 
“Kemalangan itu menyebabkan empat penumpang maut masing-masing dua lelaki dan dua wanita. Manakala 26 lagi mangsa cedera.
 
“Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat manakala yang cedera diberikan rawatan.
 
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
 
Sementara itu, berdasarkan pemerhatian krew FMT yang kebetulan melalui lokasi kejadian mendapati, kelewatan bantuan kren untuk mengalih kenderaan yang menghalang laluan kedua-dua arah menjadi punca kesesakan berlaku lebih-lebih lagi kenderaan yang melalui jalan tersebut adalah pengguna yang hendak pulang ke kampung berikutan cuti sempena Krismas.
 
Laluan berkenaan hanya berjaya dibuka kira-kira jam 10 pagi tadi.
 
 

1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.